Sebulat Kata....

Dengan rasa terbuka, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau bahan cerita mengenai Sahak oh Sahak ini.. Sila e-mailkan ke alamat: anakpantai3663@yahoo.com

Monday, June 14, 2010

Mesyuarat UMNO Bahagian Pantai Kena Pulau?

Pernahkah anda semua mendengar istilah ‘JOBO’? Istilah ini bukanlah berkait dengan lucah tetapi gambaran perasaan malu ataupun sifat perasan yang mengaibkan individu terbabit. Jobo inilah yang boleh dipadankan dengan Sahak oh Sahak sebab baru-baru ini Mesyuarat UMNO Bahagian Pantai, telah diadakan.

Mengejutkan para ahli apabila mendapat makluman pada hari tersebut dimana Ketua Bahagian, Sahak oh Sahak ini telah mengundang YB Mukhriz untuk menjadi pemerhati sewaktu mesyuarat berlangsung.

Maka, Sahak oh Sahak ini perasan dalam dirinya masyarakat Pantai akan gembira dan turut serta menyambut kedatangan Mukhriz..Namun, ‘ku sangkakan paneh hinggo ke potang, ruponyo hujan di tongahari’..tanpa diduga Sahak oh Sahak, pagi-pagi lagi orang-orang kampong sepakat memboikot mesyuarat itu meninggalkan kawasan Pantai dengan menaiki sebuah bas yang tidak diketahui arah dituju.

Sungguhpun Sahak oh Sahak ini dimalukan sedemikian rupa, namun sifat ‘Jobo’ yang ada pada diri Sahak oh Sahak ini tetap tidak menghalang untuk mesyuarat diteruskan.Pendek kata, biarlah tidak mendapat sokongan asalkan tidak jobo dengan Mukhriz.

Tetapi, dari sudut lain kita dapat melihat bagaimana reaksi penduduk Pantai yang memulaukan mesyuarat tersebut samada boikot atas dasar kebencian terhadap Sahak ataupun meluat dengan Mukhriz??

No comments:

Post a Comment