


Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak kesayangan kita ini..Sumber kawan memberitahu beliau terserempak dengan Sahak oh Sahak ini ketka dalam satu majlis rasmi. Kiranya majlis yang diadakan itu besarlah juga sebab yang hadir merasmikan adalah seorang Menteri Kabinet. Bila kawan mendapat mms dari sahabat yang kebetulan turut serta pada majlis tersebut, kawan tengok pada gambar yang diterima sungguh melucukan bahkan kawan sendiri hampir tidak percaya melihat Sahak oh Sahak hadir dalam keadaan ‘berkelambu’.
Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak ni..datang majlis bersama Menteri hanya berkain pelikat, berbaju melayu..(nak kata baru balik dari surau..takkan dari subuh duduk surau?) Sahak oh Sahak sudah hilang akal agaknya.Mungkin dia perasan hendak jadi macam Mahatma Ghandi ke?
Keadaan Sahak oh Sahak jika kita tengok macam orang jatuh bankrap je..Kenapalah Sahak oh Sahak ni..mana ada orang datang program sukan pakai kain pelikat? Macam ini yang Sahak oh Sahak jaja cerita dia rapat dengan PM? Rasanya kalau jalan dengan PM pakai kain pelikat mahu kena pelangkung dengan PM..Aduhai Sahak...
No comments:
Post a Comment