Dengan rasa terbuka, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau bahan cerita mengenai Sahak oh Sahak ini.. Sila e-mailkan ke alamat: anakpantai3663@yahoo.com
Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak kesayangankita ini..Sumber kawan memberitahu beliau terserempak dengan Sahak oh Sahak ini ketka dalam satu majlis rasmi. Kiranya majlis yang diadakan itu besarlah juga sebab yang hadir merasmikan adalah seorang Menteri Kabinet. Bila kawan mendapat mms dari sahabat yang kebetulan turut serta pada majlis tersebut, kawan tengok pada gambaryang diterima sungguh melucukan bahkan kawan sendiri hampir tidak percaya melihat Sahak oh Sahak hadir dalam keadaan ‘berkelambu’.
Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak ni..datang majlis bersama Menteri hanya berkain pelikat, berbaju melayu..(nak kata baru balik dari surau..takkan dari subuh duduk surau?) Sahak oh Sahak sudah hilang akal agaknya.Mungkin dia perasan hendak jadi macam Mahatma Ghandi ke?
Keadaan Sahak oh Sahak jika kita tengok macam orang jatuh bankrap je..Kenapalah Sahak oh Sahak ni..mana ada orang datang program sukan pakai kain pelikat? Macam ini yang Sahak oh Sahak jaja cerita dia rapat dengan PM? Rasanya kalau jalan dengan PM pakai kain pelikat mahu kena pelangkung dengan PM..Aduhai Sahak...
Dalam usaha Sahak oh Sahak mencari jalan keluar kemelut hutang yang sudah meningkat sehingga hampir RM4 juta, bermacam-macamlah cara dan alternatif jijik dilakukan Sahak oh Sahak ini. Sudah wajarnya Sahak oh Sahak mencari jalan penyelesaian untuk ‘survival’ hidup apatah lagi selama kini Sahak oh Sahak sudah lali hidup mewah.
Jika Sahak oh Sahak tidak dapat selesaikan kemelut hutangnya, alamatnya cukup sampai di sini sajalah riwayat Sahak oh Sahak dalam pentas politik dan kemashyuran. Sudahlah nama tidak tersenarai sebagai calon, makin sesaklah nafas Sahak oh Sahak..makin parahlah ‘darah tinggi’ Sahak oh Sahak.
Sekarang ini Sahak oh Sahak sedang buat baik dengan mantan MB, Tan Sri Isa Samad. Ada kawan kita dari Pantai beritahu bahawa Sahak oh Sahak ini sedang rancang mahu merampas kembali kerusi MB. Ini semua kerja Sahak oh Sahak lah ni..kononnya kalau berjaya rampas kerusi MB, Sahak oh Sahak akan pastikan pengikutnya kuat dibelakang Isa dan bilamana ini terjadi maka automatik Sahak oh Sahak akan terpilih kembali.Sekaligus dapat menolong selesaikan hutang-piutang Sahak oh Sahak.
Cerdik tak cerdiknya Sahak oh Sahak ni..dia siap berpesan supaya rancangan jahat ini bukanlah datang daripadanya tetapi Tan Sri Isa sendiri yang hendak rampas jawatan MB semula. Kenapalah busuk sangat pe’el kamu ni Sahak!
Sahak oh Sahak tahu merancang tetapi tidak mahu ketengah kemukakan rancangan jahat ini kerana Sahak oh Sahak takut hal ini nanti diketahui oleh PM. Nanti PM marah Sahak oh Sahak. Bukan ke Sahak oh Sahak pernah cakap dia ‘kamceng’ dengan PM?
Sudahlah Sahak oh Sahak oii...orang seluruh Pantai bawak ke Lenggeng sudah jelak, sudah menyampah dengan kamu..Silap Sahak oh Sahak juga, sebab tidak jaga hati orang-orang kampong, tak jaga kebajikan rakyat!
Bukan orang tidak tahu selama ini Sahak oh Sahak jaga hati siapa? Kalau tak percaya tanyalah orang-orang Pantai..siapa yang tak kenal kroni-kroni Sahak oh Sahak yang dibelai dan dimanja Sahak oh Sahak hari-hari. Ishak, Malik, Shamsul Baha dan ramai lagilah...nak tahu lebih lanjut tanya orang-orang Pantai yang kenal dengan Sahak oh Sahak ni...
Kawan-kawan Sahak oh Sahak semua tu juga tidak lama lagi tenggelamlah bersama-sama Sahak oh Sahak. Sekarang pun sudah nampak kucar-kacirnya. Sudahlah Sahak oh Sahak..Rakyat sudah tidak percaya lagi dengan Sahak, rakyat sudah muak dengan sandiwara Sahak oh Sahak dan rakan-rakannya.
Sahak oh Sahak sudah tidak diperlukan lagi di Pantai ni..Lihat sahajalah bagaimana Sahak oh Sahak hendak selamatkan periuk nasi sendiri dengan burukkan nama Isa Samad. Tak perlulah burukkan orang lain kalau hendak naik..
Ramai yang terpengaruh bila Sahak kata dia rapat dengan PM , rapat dengan Datuk Najib , huh besar gelembong si Sahak oh Sahak ini. Apalah untung PM baik dengan Sahak ini . PM bukan lah anak kecil yang baru belajar main politik .
Sahak juga dikatakan rapat dengan Isa Samad dan cuba untuk melakukan satu gerakan sulit dengan YB Lilah , Isa Samad dan Zakaria untuk tidak mencalonkan MB ini pada musim hadapan. Yang bestnya bila Sahak dah berpakat buat macam ini , Sahak pula yang berceriya dengan ramai orang , kononnya dia ni gila., Boleh lakukan apa saja . Sahak Oh Sahak .
Ia ke kamu gila. takut kah orang dengan kegilaan kamu. tidak seperti yang kamu sangka Sahak oh Sahak. Walaupun kamu upah orang tulis pasal MB dalam laman web , orang tak akan percaya kerana Negeri Sembilan sedang membangun sekarang di bawah kepimpinan MB , bukan macam Pantai.
Bila membaca akhbar hari ini, PM menegaskan tarikh pilihanraya umum masih belum boleh diperkatakan lagi kerana peratusan sokongan tidak memainkan peranan utama dalam membuatkan keputusan tersebut kerana ianya hanyalah menyatakan populariti sahaja.
Hal ini samalah juga dengan keadaan Sahak oh Sahak yang mana dahulunya dia popular lah Sahak oh Sahak ini dapat peluang jadi pemimpin walhal entah apa yang dia pimpin pun tak tahu..pimpin tangan orang pergi pulau Batam ada laa..
Tetapi, langit tak selalunya cerah.. Sahak oh Sahak akhirnya hanya mampu bergelar mantan bagi ADUN Lenggeng. Sekarang ini Sahak oh Sahak heboh pula mempertikaikan kenapa dia tidak terpilih jadi calon. (macam mana orang nak pilih kau Sahak oh Sahak, kalau tak tahu buat kerja!). Sahak oh Sahak tidak berpuas hati namanya tidak tersenarai dalam percalonan dan mulalah si Sahak oh Sahak ini merapu kononnya tidak terpilih kerana ada pihak yang dengki dengannya dan menyalahkan MB pula..
Aduhai Sahak oh Sahak, sudah tersepit tidak bernafas macam ni pun kamu hendak tuding jari pada orang lain pula? Sahak oh Sahak sudah lupa atau buat-buat lupa dengan keadaan diri Sahak oh Sahak sendiri? Bukankah Sahak oh Sahak ini pernah ada kes di mahkamah dan belum selesai pun kes tersebut...
Sesiapapun faham dan tahu kalau calon itu mempunyai kes di mahkamah risiko untuk kehilangan kerusi adalah besar. Justeru, adalah baiknya Sahak oh Sahak tidak dipilih menjadi calon. Baik untuk calon pilihanraya mahupun calon pemilihan UMNO..dua-dua tak layak..
Cukup kita sentuh dua dalil mengapa Sahak oh Sahak ini tidak layak menjadi pemimpin/calon. Pertamanya, Sahak oh Sahak ini seorang yang diktator, yang mahu semua orang dengar cakap dia sahaja. Berjanji itu ini dengan penduduk kampong tapi perlaksanaannya satu pun tiada.
Kita tengok sendiri apa jadi dengan Pantai sekarang? Keadaan itu yang hendak ditunjuk depan Muhkriz bila Exco Pemuda itu datang ke Pantai di jemput Sahak oh Sahak untuk jadi pemerhati mesyuarat bahagian tetapi di pulau pula oleh ahli-ahli.
Yang keduanya, Sahak oh Sahak ni orangnya tidak bertanggungjawab. Lihatlah sendiri bagaimana Sahak oh Sahak ini boleh berhutang berjuta-juta ringgit, rumah kena lelong..Jelaslah Sahak oh Sahak memang tidak layak untuk dicalonkan.
Jika Sahak oh Sahak orang yang bagus, lurus dan betul dalam segala hal, tentunya Sahak oh Sahak tidak berhutang berjuta runggit dengan Dato’ Misran? Sahak oh Sahak...
Bagi menutup segala kelemahannya, Sahak oh Sahak menyerang MB, menuding jari menyalahkan MB kononnya MB sengaja tidak menyenaraikan nama Sahak oh Sahak sebagai calon. Calon apa yang kamu mahukan Sahak oh Sahak..Calon isteri baru atau calon-calon yang disenarai pendek untuk dihumban jauh-jauh dari kancah politik?
Baru-baru ini, di Janda Baik Sahak oh Sahak dan YB-YB dan YB-YB dan YB-YB telah bersepakat untuk menjatuhkan MB dan berpakat untuk tidak menaikkan nama Datuk Seri Utama sebagai Menteri Besar pada tahun akan datang..
Apapun perancangan busuk Sahak oh Sahak, jangan fikir rakyat buta menilai kebenaran. Orang-orang Pantai bukan bodoh seperti yang disangka Sahak oh Sahak. Banyak lagi akan dibongkar...’Siapa makan cili...akan rasa pedasnya..”
Pernahkah anda semua mendengar istilah ‘JOBO’? Istilah ini bukanlah berkait dengan lucah tetapi gambaran perasaan malu ataupun sifat perasan yang mengaibkan individu terbabit. Jobo inilah yang boleh dipadankan dengan Sahak oh Sahak sebab baru-baru ini Mesyuarat UMNO Bahagian Pantai, telah diadakan.
Mengejutkan para ahli apabila mendapat makluman pada hari tersebut dimana Ketua Bahagian, Sahak oh Sahak ini telah mengundang YB Mukhriz untuk menjadi pemerhati sewaktu mesyuarat berlangsung.
Maka, Sahak oh Sahak ini perasan dalam dirinya masyarakat Pantai akan gembira dan turut serta menyambut kedatangan Mukhriz..Namun, ‘ku sangkakan paneh hinggo ke potang, ruponyo hujan di tongahari’..tanpa diduga Sahak oh Sahak, pagi-pagi lagi orang-orang kampong sepakat memboikot mesyuarat itu meninggalkan kawasan Pantai dengan menaiki sebuah bas yang tidak diketahui arah dituju.
Sungguhpun Sahak oh Sahak ini dimalukan sedemikian rupa, namun sifat ‘Jobo’ yang ada pada diri Sahak oh Sahak ini tetap tidak menghalang untuk mesyuarat diteruskan.Pendek kata, biarlah tidak mendapat sokongan asalkan tidak jobo dengan Mukhriz.
Tetapi, dari sudut lain kita dapat melihat bagaimana reaksi penduduk Pantai yang memulaukan mesyuarat tersebut samada boikot atas dasar kebencian terhadap Sahak ataupun meluat dengan Mukhriz??
Sahak ni janji dengan pemuda di Pantai utnuk membuat Padang Bola , sampai hari ini pun padang bola tak nampak. leko duk mencari peluang untuk ponohkan tompolok dio yang besar. Janji nak buek kilang Peluru yang tembak Gas tuh pun untuk orang Pantai boleh kojo, pun harap ajo lah selero.
Usah kilang peluru , kilang gambir pun tak ado. Cakap ajo lobih , kalau kek mesyuarat tuh semuo orang salah , dio ajo yang boto. kalau lah dio ni hebat tak kan lah sampai berhutang sampai 4 juta. Kato ado busines tapi apo pun tak ado, monipu ajo si Sahak ini. Cakap yo gogak , apo pun tak ado.
Bilo nak bayar hutang, tuh. Datuk MB jugak di persalahkan bila tak senaraikan dio sebagai calon. kalau den jadi MB den pun tak nak senaraikan dio. Jawab eh monag tak bertanding lah pembangkang. Pembangkang bukan bangang, ada lawyer, Dio bankrup kan Sahak , abih lah , kalau dah monang kono lak buek seklai lagi pilihan rayo kocik.
Sahak no bukan tahu meniago. tuh koperasi Pantai Murni tuh , ado duit tuh...seratus ribu lobih , tapi dek bangang si Sahak oh Sahak ni. apo pun dio tak tahu nak buek ngan duit koperasi ni. Nak curi tak dapek dohhh. sobab ado bondahari. Bondahari Koperasi ni bukan lah Sahak Malik. Tuh susah lah sikit nak songlap.
Sahak ni gagal lahirkan belio belio yang berjaya di Pantai ini, yang dio jago si Sahak Malik tuh untuk jago kontrak dio. ado orang kato Sahak ni ada dapek konsesi antara sempadan hutan longgeng ngan hutan Pantai.Kok tipu orang tuh tipu lah den. Tapi raso eh boto.
Kek Pantai ni ado rakyat yang tak punyo paip air selamo 53 tahun , Apo yang sahak buek selamo 3 penggal , goyang tolo ko. Baru sekarang ni lah ado usaho yang di lakukan dan kini penghuni yang tak ado air paip selamo 53 tahun tuh dah dapek paip air. Ini bukan usahi Sahak. Nanti kito dodahkan pulak macam mano Sahak oh Sahak sabotaj DUN Sikamat dan Ampangan. Ni kojo Sahak.Den tahu.
Tunggu dua tajuk lagi. 1.Siapa sabotaj Dun Ampangan dan Dun Sikamat. 2.Sahak gelembong sajo rapat ngan Tuk Najib !!!
Sahak oh Sahak... Apa lagi yang kamu tunggu? Orang-orang Pantai sudah tidak percayakan lagi pada kepimpinan kamu itu..Orang-orang kampung sudah muak, sudah menyampah dengan cara pimpinan kuku besi yang tumpul kamu tu..Sahak oh Sahak..Berundurlah.
Apakah Sahak oh Sahak ini masih relevan, masih layak untuk diangkat sebagai pemimpin lagi? Semua orang kampong sudah tahu Sahak Oh Sahak ini muflis, bangkrapsi...Rakyat masih sedar dan belum lagi ‘mamai’ seperti Sahak oh Sahak ini. Ingat lagi kisah banglo milik Sahak oh Sahak yang dilelong?
Ketika itu terpampang didada akhbar ‘Notis Lelong’ dimana menyatakan rumah banglo 2 tingkat di Bukit Baru , Melaka. Harga Rizab RM 600,000. Penghutang atau Defendan ialah Dato Haji Ishak bin Ismail (No KP 510717-05-5405) dan Plaintif ialah Dato Misran bin Sukadi (No KP 570815-05-6019)
Siapa Dato’ Ishak Ismail ini ? Adakah Dato’ Ishak bekas ADUN Lenggeng tu dan siapa pula plaintif? Siapa Dato’ Misran Sukadi?
Persoalan yang belum terungkai ini tidak perlu diajukan kepada orang-orang Pantai. Bukannya orang-orang kampong tidak tahu perkara sebenar mengapa Sahak oh Sahak ini boleh berhutang sebegitu banyak. Itulah..Jika hobi suka melancong saja, tidak mustahil akan jadi melencong, maka sendiri mau ingat la..
Mungkin telahan ini tepat sebagaimana ramai yang mungkin tidak mengenali siapa Dato’ Misran Sukadi ini. Cukuplah kalau dijelaskan bahawa Dato’ Misran ini salah seorang Ahli JawatanKuasa PIBG SMK. Datuk Sedia Raja, Rembau. Beliau memegang jawatan sebagai Yang DiPertua PIBG sekolah tersebut. Sahak oh Sahak...kau berhutang dengannya rupanya..
Sahak oh Sahak...Pemimpin Celupar?
Masih ingatkah kita dahulu...Dewan Merdeka riuh rendah dengan gelak ketawa para perwakilan yang mendengar ucapan pemimpin veteran Umno dari Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail, yang bukan sahaja penuh jenaka tetapi juga tebal dengan sindiran terhadap pemimpin parti.
Dalam ucapannya, bekas ADUN Lenggeng itu menjelaskan mengapa beliau menyokong “musuh politiknya” Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Sahak oh Sahak berkata, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar, mereka pernah bertengkar di dewan DUN sehingga mereka saling ejek-mengejek. Tentu orang-orang UMNO masih ingat lagi betapa Isa marahkan Sahak oh Sahak sehingga menggelarnya ‘sakai’, Sahak oh Sahak ni pula menggelar Isa ‘lanun’.
Tingkah laku beginikah yang hendak kita angkat jadi contoh? Bukannya orang tidak tahu Sahak oh Sahak ini menyokong Isa sebab hendak selindung dari sifat iri hati yang memang melekat dari dulu lagi.
Kononnya apabila Tan Sri Isa digantung keahlian, beliau tidak pernah meragam, tidak pernah mengugut untuk keluar parti, dia jaga kawasan, dia hebat!Sahak oh Sahak juga berkata, Isa seorang yang berani sewaktu beliau bersamanya berceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Ijok tiga tahun lalu.
Lihatlah..Sandiwara Sahak oh Sahak yang ligat bermain lidah memutar belit kata-kata.Maka tidak hairanlah kalau habis orang-orang kampong di Pantai tu kena ‘kencing’ dengan si tua ini. Belum habis lagi kisah tentang perangai buruk si Sahak oh Sahak ini.. Tunggu kisah seterusnya akan datang...Salam. Di tulis Oleh : Kudus Kundur