Sebulat Kata....

Dengan rasa terbuka, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau bahan cerita mengenai Sahak oh Sahak ini.. Sila e-mailkan ke alamat: anakpantai3663@yahoo.com

Friday, October 15, 2010

Realiti di sebalik insiden pergaduhan mesyuarat Umno Bahagian Seremban

Siapo sangko?? Minggu dopan semuo ahli-ahli UMNO sibuk poei Kolumpo nun untuk mengikuti Persidangan Agung UMNO 2010..jadi apo kato kito imbau balik perihal ni..sebab kito semuo tak mau lagi terjadi macam ni lagi...

Kekecohan yang berlaku akibat insiden bertumbuk di dalam mesyuarat Bahagian Seremban adalah rentetan daripada provokasi melampau yang telah dicetuskan oleh penyandang jawatan Ketua Bahagian Seremban, Ishak Ismail.

Tidak pernah berlaku di dalam mesyuarat bahagian ini, pengawal keselamatan diperlukan untuk mengunci semua pintu dan mengawalnya seperti bouncer sehinggakan menimbulkan rasa tidak senang kepada perwakilan sejak dari mesyuarat Perwakilan Pemuda lagi. Tetapi inilah salah satu cara yang digunakan oleh Ishak Ismail demi memastikan beliau terus memegang jawatan Ketua Bahagian yang telah disandangnya sejak 20 tahun lalu.

Insiden yang berlaku pada hari Ahad lepas bermula apabila terdapat 9 cawangan yang dianggap menentang kepimpinan Ishak Ismail telah digantung statusnya kerana didakwa gagal menjalankan mesyuaratnya dengan sempurna. Walaubagaimanapun, sebelum mesyuarat bahagian dijalankan, 4 daripada 9 cawangan tersebut telahpun menerima surat tauliah yang membolehkan perwakilan daripada cawangan-cawangan itu turut serta di dalam mesyuarat bahagian yang diadakan pada hari kejadian. Malangnya para perwakilan daripada keempat-empat cawangan tersebut telah dihalang oleh urusetia mesyuarat untuk masuk ke dewan kerana dikatakan mendapat bantahan teknikal. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada para perwakilan tersebut yang merasakan mereka telah dipermainkan sewenang-wenangnya oleh Ishak Ismail.

Para perwakilan tersebut telah ditarik hak mereka untuk mengundi dan mereka hanya dibenarkan masuk sebagai pemerhati sahaja. Ishak Ismail telah mendapat bantuan Rahim Tamby Chik yang bertindak sebagai wakil pemerhati daripada Umno Pusat.

Selesai sahaja pengerusi mesyuarat Othman Senara membuat ucapan alu-aluan, Yusof Hermain Shah salah seorang perwakilan dari Sikamat bangun untuk bertanyakan status mengenai cawangannya. Rahim Tamby Chik yang bersekongkol dengan Ishak Ismail dengan sombongnya menegaskan pendiriannya berhubung perkara tersebut yang jelas memihak kepada Ishak Ismail.Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang perwakilan dari Cawangan Seri Aman, Fadhil yang kemudiannya bangun untuk turut mendapat jawapan mengenai status cawangannya yang digantung.

Tindakannya ini telah menyebabkan salah seorang pengawal keselamatan iaitu anak Sham Lombong (Hardcore Ishak Ismail) meluru untuk merampas mikrofon daripada Fadhil. Salah seorang Perwakilan G10 Pemuda, Samsor Zainal cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut bagi membolehkan Fadhil menjelaskan apa yang terbuku di hatinya.

Tindakan Samsor Zainal itu telah menyebabkan anak Sham Lombong yang bertindak sebagai pengawal keselamatan cuba melepaskan beberapa tumbukan yang berjaya dielak oleh Samsor Zainal. Halim Lokman (Setiausaha Pemuda yang baru dilantik), yang cuba meleraikan perkara tersebut dengan menarik pengawal keselamatan itu telah diserang dengan tumbukan oleh seorang lagi anak Sham Lombong yang juga bertindak sebagai pengawal keselamatan dikenali sebagai Nizar. Itulah yang telah mencetuskan kemarahan para perwakilan yang lain sehinggakan mereka telah menyerang anak Sham Lombong beramai-ramai akibat marah dengan kebiadapannya yang diupah oleh Ishak Ismail dan kuncu-kuncunya.

Berhubung dengan kejadian ini, Ishak Ismail bersama kuncu-kuncunya telah membuat 9 laporan polis yang menunjukkan seolah-olah perwakilan-perwakilan yang teraniaya ini yang memulakan pergaduhan tersebut. Ishak Ismail cuba untuk membuatkan semua orang yang dikatakan cuba menentang kepimpinannya dikenakan tindakan disiplin ini termasuklah perwakilan G10 Pemuda ke Bahagian.

Sehubungan dengan itu, Tengku Adnan Tengku Mansor(Setiausaha Agung Umno serta rakan sekutu Ishak Ismail) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Seremban tidak mempercayai di antara satu sama lain.

Pada aku, Pak Lah yang masih lagi bertindak sebagai Presiden Umno sepatutnya mengkaji perkara ini dari peringkat akar umbi agar segala perlakuan kohok Ishak Ismail sejak 20 tahun menerajui Umno bahagian Seremban terbongkar. Adakah wajar seorang pemimpin yang mensabotaj calon daripada partinya sendiri di dalam pilihan raya, hanya diberikan amaran keras sahaja kerana ada Ketua Bahagian lain yang melakukan kesalahan yang sama telahpun digantung selama 3 tahun oleh lembaga disiplin parti. Lu fikirlah sendiri.....

Tuesday, September 28, 2010

Samo-Samolah Kito Dongar Nasihat MB


Sodih gak bilo dongar ucapan MB semalam sewaktu majlis hari rayo di Sondayan, dek kerano sayang eh Tok Mat kito dongan bangso Melayu dek cinto eh Tok Mat kek agamo yang suci ini, mako dio tak kisah dah kut ado mulut-mulut bau tungkik akan ngato dio tu bosifat porkauman.

Lobai Sahak ado maso tu..sajo la nak jongok anak buah kek sanun, tak sangko pulak anak buah Lobai Sahak ngajak samo join jamuan hari rayo anjuran JKKK kek situ, nak ddipendekkan ceghito, Lobai agak shahdu bilo pomimpin yang dokek dihati rakyat tu soakan-akan kecewo dengan sosotongah oghang yang mudah tersampuk dek hasutan pombangkang yang hanyo setahun sekali datang kek Sondayan tu..

Lagi satu yang Lobai dapek raso..mungkin isu ado pihak masjid yang jadikan tompat ibadah tersobut sobagai lombah mengutuk kerajaan berlaku di Sondayan..ontahlah..tak dapek lah Lobai nak pastikan tapi..melalui kiasan MB tu, macam bolah-bolah area situ gak lah..

Dari apo yang kito perlu jadikan sompadan dengan posanan MB tu, janganlah kito sosokali terperangkap dengan tipu helah pombangkang yang tak putus-putus cari poluang nak rampas kerajaan N.Sembilan ni..Tulah sobabnyo kenapo MB kito bobuih mulut ngajak sumo rakyat nogori ni bersatu padu dan memeliharo perpaduan sobab dio tak nak Negeri Sembilan ni jadi macam Kedah, P.Pinang & Perak yang mano kito sendiri sudah nampak orang melayu diperalatkan menjadi boneka kafirunnnnn...wallahualam.

oleh: Lobai Sahak

Thursday, September 23, 2010

Surat Layang UMNO N.Sembilan???

Kito ingat balik...dulu ado pihak yang maklumkan menerima salinan surat yang kononnya ditulis oleh 'Pemerhati Politik Negeri Sembilan'. Surat layang yang ditulis sepanjang 4 halaman itu kini heboh dikalangan ahli Umno Bahagian Seremban yang ditujukan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian serta ahli-ahli Umno secara umumnya. Kandungan surat ini menjurus kepada cubaan untuk merosakkan reputasi Mohamad Hasan dengan tajuk "Perilaku Dato' Mohamad Hj. Hasan, Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Sembilan, merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan".

Apa yang menarik mengenai surat ini ialah, kononnya ia ditulis oleh seorang pemerhati Umno bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun jika dibaca keseluruhan isi kandungannya, jelas kelihatan akan niat sebenar penulis berkenaan yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Mohamad Hasan, tetapi secara tidak langsung turut 'mengangkat' Dato' Sahak, selaku Ketua Umno Bahagian Seremban secara amat berlebihan. Mungkin penulis berkenaan mempunyai agendanya tersendiri kerana mempromosikan Dato Sahak. Antara ayat dalam surat berkenaan yang kelihatan seperti mengagongkan Dato Sahak ialah;

"Semua orang tahu di Negeri Sembilan ini seandainya orang yang bernama Dato Sahak ini telah membuat kenyataan panas, menunjukkan banyak benda tak betul sedang berlaku kerana Dato Sahak tidak akan bersuara tanpa siasatan atau bukti-bukti. Semua orang tahu Dato Sahak ini penyokong kuat Perdana Menteri kita, Dato Najib tetapi dia bukan kaki bodek, dia akan belasah apakala ada perkara tak betul atau pun penyelewengan yang berlaku."

"Orang Seremban kata Dato Sahak sanggup berperang habis-habisan untuk mempertahankan Dato Najib, bukan sekarang ini sahaja tetapi semenjak Dato Sahak Pemuda lagi."

"Dato Sahak digugurkan oleh Dato Mohamad Hj. Hasan sebagai calon pilihanraya walaupun umum mengetahui Dato Sahak adalah diantara wakil rakyat terbaik di Negeri Sembilan kerana khidmat baktinya kepada rakyat dan Dato Sahak diakui sebagai pejuang Melayu di Negeri Sembilan. Akibat menggugurkan Dato Sahak sebagai calon pilihanraya, 6 daripada 7 kerusi pilihanraya di Parlimen Seremban gugur kepada pembangkang. Ahli-ahli Umno dan pengundi-pengundi Melayu menunjukkan protes yang amat ketara di Seremban."

"Orang Seremban kata Dato Sahak ini badannya berpuaka kerana siapa yang cuba melawannya bukan kerana perjuangan tapi kepentingan peribadi akan kecundang."

"Dato Mohamad Hj. Hasan mengupah orang bergaduh di Mesyuarat Umno Bahagian tetapi sekali lagi Dato Sahak berjaya menunjukkan kewibawaannya kerana dapat mengawal perasaan."


Surat layang ini bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Mohamad Hasan dan keluarganya, tetapi turut mengutuk serta mempersendakan Paklah, Allahyarhamah Endon, Khairy Jamaluddin serta Allahyarham SM Nasimudin. Pada pendapat kami, sama ada tersurat atau tersirat, surat ini jelas ditulis oleh kuncu Dato Sahak, yang juga berkemungkinan ditulis atas arahan Ketua Umno Bahagian Seremban itu sendiri.

Bagi kebanyakan orang Seremban khususnya ahli Umno, pasti sudah 'masak' benar dengan perangai Dato Sahak berserta sifat ketaksuban melampau para penyokongnya. Ramai yang sedia maklum bahawa Dato Sahak adalah seorang conspirator yang seringkali berjaya mengalihkan pandangan umum daripada melihat keburukan dirinya. Kawasan Lenggeng yang sejak sekian lama diwakilinya sebagai ADUN, hakikatnya hampir tiada berlaku sebarang perubahan. Beliau sentiasa mencari isu luar serta menjadikan pemimpin lain sebagai sasaran bagi mengelakkan orang ramai mempersoalkan kelemahan dirinya selaku wakil rakyat.

Ramai juga maklum bahawa Dato Sahak telah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mensabotaj parti semasa PRU-12 yang lalu dan secara tidak langsung merupakan antara faktor penyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Seremban. Namun nasib Dato Sahak agak baik kerana sekadar diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berbanding orang lain yang digantung keahlian di atas kesalahan yang sama.

Kepada Dato Sahak, sudah-sudahlah guna taktik lapuk memperbodohkan orang tu. Sekarang ni dah zaman millennium Tok....zaman IT, bukan lagi pakai piring hitam nak dongar lagu. Orang mudo sekarang dah shuffle dance tapi Tok dengan kuncu-kuncu Tok masih lagi beronggeng. Rontikanlah guna ayat, "Ado orang telefon sey...", "Ado orang sms sey...", ado orang itu...ado orang ini. Rontikanlah jugak taktik berentikan keto topi jalan semato-mato nak tukar kot dan tali leher yang dipakai kepado t-shirt Pagoda dongan kain pelikat sebolum poie berjumpo rakyat. Dah ramai bonar yang tau taktik lekeh Tok tu. Kami dah ponek nengok skil politik Tok yang nampak na ketinggalan zaman. Bersaro jolah. Tak payah la buek doso pitnah orang sano sini. Buruk ngoman eh. Nak nungkat langit sampai bilo? Lagipun kes bankrap Tok tu dah setel lum?

Ayat terakhir yang ditulis dalam surat layang itu adalah "Selamatkan Umno Negeri Sembilan Sebelum Terlambat"....namun kami berpandangan bahawa Umno Negeri Sembilan mungkin mampu diselamatkan sekiranya pemimpin seperti Dato Sahak dan yang sespesis dengannya ditalkinkan secepat mungkin. Buek mengabihkan boreh yor.

Sunday, September 19, 2010

Mano Poei eh Tok Sahak Rayo-Rayo ni???




Hari ni den berkesompatan poei menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lenggeng..Umang aii.. bukan main ghamai laei totamu yang hadir..macam-macam oghang macam-macam bangso ado.. sudah macam karnival makan-makan 1 Malaysia lah pulak ghaso eh..tapi, den heran satu perkaro lah..

Rumah Terbuko ni anjuran Umno DUN Lenggeng, jadi sewajar eh ahli-ahli Umno mahupun BN datang bagi memeriahkannyo. Lagipun bukan orang-orang Barisan jo yang boleh datang, orang-orang PKR, PAS & DAP pun boleh datang bahkan tadi den sendiri perasan ado gak juak-juak PAS & DAP datang bersamo-samo meraikan majlis rumah terbuko tersebut.

Cumo, sobagai pomorhati..den heran lah, mano pulak batang hidung Tok Sahak kito? Anak-anak buah eh ghamai monanti nak tengok muko baru Tok Sahak tu..maklumlah, dah hampir setahun tak nampak muko...ontahkan toghang ontahkan golap muko Tok Sahak tu..nak jugak budak-budak ni tengok...namun, hampeh...Kecewo kitorang nak tengok wajah 'Veteran UMNO' tu..

Den bukan apo...sobagai pojuang UMNO dulu-dulu..sopatut eh Tok Sahak datanglah sekali Rumah Terbuko Aidilfitri tu..bukan ko kek kawasan Lenggeng tu dulu jajahan Tok Sahak??
Takkan tobal muko kut? Sudah..sudahlah tu Tok Sahak oii..Ghayo-ghayo ni samo-samolah kito bermaaf-maafan..tapi hati den mo budak-budak pantai yang ado potang tu kuat ngatokan Tok Sahak ni sogan agak eh dongan MB..

Cubo sahut sikit saranan Presiden UMNO tu..Perpaduan menjamin kesejahteraan..
Salam Aidilfitri yo...maaf zahir batin..

Sunday, June 20, 2010

Dah Sasau ke Sahak ni?



Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak kesayangan kita ini..Sumber kawan memberitahu beliau terserempak dengan Sahak oh Sahak ini ketka dalam satu majlis rasmi. Kiranya majlis yang diadakan itu besarlah juga sebab yang hadir merasmikan adalah seorang Menteri Kabinet. Bila kawan mendapat mms dari sahabat yang kebetulan turut serta pada majlis tersebut, kawan tengok pada gambar yang diterima sungguh melucukan bahkan kawan sendiri hampir tidak percaya melihat Sahak oh Sahak hadir dalam keadaan ‘berkelambu’.

Apa sudah jadi dengan Sahak oh Sahak ni..datang majlis bersama Menteri hanya berkain pelikat, berbaju melayu..(nak kata baru balik dari surau..takkan dari subuh duduk surau?) Sahak oh Sahak sudah hilang akal agaknya.Mungkin dia perasan hendak jadi macam Mahatma Ghandi ke?

Keadaan Sahak oh Sahak jika kita tengok macam orang jatuh bankrap je..Kenapalah Sahak oh Sahak ni..mana ada orang datang program sukan pakai kain pelikat? Macam ini yang Sahak oh Sahak jaja cerita dia rapat dengan PM? Rasanya kalau jalan dengan PM pakai kain pelikat mahu kena pelangkung dengan PM..Aduhai Sahak...





Thursday, June 17, 2010

Jahatnya Sahak Burukkan Isa Samad

Dalam usaha Sahak oh Sahak mencari jalan keluar kemelut hutang yang sudah meningkat sehingga hampir RM4 juta, bermacam-macamlah cara dan alternatif jijik dilakukan Sahak oh Sahak ini. Sudah wajarnya Sahak oh Sahak mencari jalan penyelesaian untuk ‘survival’ hidup apatah lagi selama kini Sahak oh Sahak sudah lali hidup mewah.

Jika Sahak oh Sahak tidak dapat selesaikan kemelut hutangnya, alamatnya cukup sampai di sini sajalah riwayat Sahak oh Sahak dalam pentas politik dan kemashyuran. Sudahlah nama tidak tersenarai sebagai calon, makin sesaklah nafas Sahak oh Sahak..makin parahlah ‘darah tinggi’ Sahak oh Sahak.

Sekarang ini Sahak oh Sahak sedang buat baik dengan mantan MB, Tan Sri Isa Samad. Ada kawan kita dari Pantai beritahu bahawa Sahak oh Sahak ini sedang rancang mahu merampas kembali kerusi MB. Ini semua kerja Sahak oh Sahak lah ni..kononnya kalau berjaya rampas kerusi MB, Sahak oh Sahak akan pastikan pengikutnya kuat dibelakang Isa dan bilamana ini terjadi maka automatik Sahak oh Sahak akan terpilih kembali.Sekaligus dapat menolong selesaikan hutang-piutang Sahak oh Sahak.

Cerdik tak cerdiknya Sahak oh Sahak ni..dia siap berpesan supaya rancangan jahat ini bukanlah datang daripadanya tetapi Tan Sri Isa sendiri yang hendak rampas jawatan MB semula. Kenapalah busuk sangat pe’el kamu ni Sahak!

Sahak oh Sahak tahu merancang tetapi tidak mahu ketengah kemukakan rancangan jahat ini kerana Sahak oh Sahak takut hal ini nanti diketahui oleh PM. Nanti PM marah Sahak oh Sahak. Bukan ke Sahak oh Sahak pernah cakap dia ‘kamceng’ dengan PM?

Sudahlah Sahak oh Sahak oii...orang seluruh Pantai bawak ke Lenggeng sudah jelak, sudah menyampah dengan kamu..Silap Sahak oh Sahak juga, sebab tidak jaga hati orang-orang kampong, tak jaga kebajikan rakyat!

Bukan orang tidak tahu selama ini Sahak oh Sahak jaga hati siapa? Kalau tak percaya tanyalah orang-orang Pantai..siapa yang tak kenal kroni-kroni Sahak oh Sahak yang dibelai dan dimanja Sahak oh Sahak hari-hari. Ishak, Malik, Shamsul Baha dan ramai lagilah...nak tahu lebih lanjut tanya orang-orang Pantai yang kenal dengan Sahak oh Sahak ni...

Kawan-kawan Sahak oh Sahak semua tu juga tidak lama lagi tenggelamlah bersama-sama Sahak oh Sahak. Sekarang pun sudah nampak kucar-kacirnya. Sudahlah Sahak oh Sahak..Rakyat sudah tidak percaya lagi dengan Sahak, rakyat sudah muak dengan sandiwara Sahak oh Sahak dan rakan-rakannya.

Sahak oh Sahak sudah tidak diperlukan lagi di Pantai ni..Lihat sahajalah bagaimana Sahak oh Sahak hendak selamatkan periuk nasi sendiri dengan burukkan nama Isa Samad. Tak perlulah burukkan orang lain kalau hendak naik..

Sahak Oh Sahak - Jangan jual nama PM !!

Ramai yang terpengaruh bila Sahak kata dia rapat dengan PM , rapat dengan Datuk Najib , huh besar gelembong si Sahak oh Sahak ini. Apalah untung PM baik dengan Sahak ini . PM bukan lah anak kecil yang baru belajar main politik .

Sahak juga dikatakan rapat dengan Isa Samad dan cuba untuk melakukan satu gerakan sulit dengan YB Lilah , Isa Samad dan Zakaria untuk tidak mencalonkan MB ini pada musim hadapan. Yang bestnya bila Sahak dah berpakat buat macam ini , Sahak pula yang berceriya dengan ramai orang , kononnya dia ni gila., Boleh lakukan apa saja . Sahak Oh Sahak .

Ia ke kamu gila. takut kah orang dengan kegilaan kamu. tidak seperti yang kamu sangka Sahak oh Sahak. Walaupun kamu upah orang tulis pasal MB dalam laman web , orang tak akan percaya kerana Negeri Sembilan sedang membangun sekarang di bawah kepimpinan MB , bukan macam Pantai.

Di tulis oleh : Lan Landak kampung sungai Landak.

Salahkan Orang Lain Nama Tidak Tersenarai Jadi Calon

Bila membaca akhbar hari ini, PM menegaskan tarikh pilihanraya umum masih belum boleh diperkatakan lagi kerana peratusan sokongan tidak memainkan peranan utama dalam membuatkan keputusan tersebut kerana ianya hanyalah menyatakan populariti sahaja.

Hal ini samalah juga dengan keadaan Sahak oh Sahak yang mana dahulunya dia popular lah Sahak oh Sahak ini dapat peluang jadi pemimpin walhal entah apa yang dia pimpin pun tak tahu..pimpin tangan orang pergi pulau Batam ada laa..

Tetapi, langit tak selalunya cerah.. Sahak oh Sahak akhirnya hanya mampu bergelar mantan bagi ADUN Lenggeng. Sekarang ini Sahak oh Sahak heboh pula mempertikaikan kenapa dia tidak terpilih jadi calon. (macam mana orang nak pilih kau Sahak oh Sahak, kalau tak tahu buat kerja!). Sahak oh Sahak tidak berpuas hati namanya tidak tersenarai dalam percalonan dan mulalah si Sahak oh Sahak ini merapu kononnya tidak terpilih kerana ada pihak yang dengki dengannya dan menyalahkan MB pula..

Aduhai Sahak oh Sahak, sudah tersepit tidak bernafas macam ni pun kamu hendak tuding jari pada orang lain pula? Sahak oh Sahak sudah lupa atau buat-buat lupa dengan keadaan diri Sahak oh Sahak sendiri? Bukankah Sahak oh Sahak ini pernah ada kes di mahkamah dan belum selesai pun kes tersebut...

Sesiapapun faham dan tahu kalau calon itu mempunyai kes di mahkamah risiko untuk kehilangan kerusi adalah besar. Justeru, adalah baiknya Sahak oh Sahak tidak dipilih menjadi calon. Baik untuk calon pilihanraya mahupun calon pemilihan UMNO..dua-dua tak layak..

Cukup kita sentuh dua dalil mengapa Sahak oh Sahak ini tidak layak menjadi pemimpin/calon. Pertamanya, Sahak oh Sahak ini seorang yang diktator, yang mahu semua orang dengar cakap dia sahaja. Berjanji itu ini dengan penduduk kampong tapi perlaksanaannya satu pun tiada.

Kita tengok sendiri apa jadi dengan Pantai sekarang? Keadaan itu yang hendak ditunjuk depan Muhkriz bila Exco Pemuda itu datang ke Pantai di jemput Sahak oh Sahak untuk jadi pemerhati mesyuarat bahagian tetapi di pulau pula oleh ahli-ahli.

Yang keduanya, Sahak oh Sahak ni orangnya tidak bertanggungjawab. Lihatlah sendiri bagaimana Sahak oh Sahak ini boleh berhutang berjuta-juta ringgit, rumah kena lelong..Jelaslah Sahak oh Sahak memang tidak layak untuk dicalonkan.

Jika Sahak oh Sahak orang yang bagus, lurus dan betul dalam segala hal, tentunya Sahak oh Sahak tidak berhutang berjuta runggit dengan Dato’ Misran? Sahak oh Sahak...

Bagi menutup segala kelemahannya, Sahak oh Sahak menyerang MB, menuding jari menyalahkan MB kononnya MB sengaja tidak menyenaraikan nama Sahak oh Sahak sebagai calon. Calon apa yang kamu mahukan Sahak oh Sahak..Calon isteri baru atau calon-calon yang disenarai pendek untuk dihumban jauh-jauh dari kancah politik?

Baru-baru ini, di Janda Baik Sahak oh Sahak dan YB-YB dan YB-YB dan YB-YB telah bersepakat untuk menjatuhkan MB dan berpakat untuk tidak menaikkan nama Datuk Seri Utama sebagai Menteri Besar pada tahun akan datang..

Apapun perancangan busuk Sahak oh Sahak, jangan fikir rakyat buta menilai kebenaran. Orang-orang Pantai bukan bodoh seperti yang disangka Sahak oh Sahak. Banyak lagi akan dibongkar...’Siapa makan cili...akan rasa pedasnya..”

Monday, June 14, 2010

Mesyuarat UMNO Bahagian Pantai Kena Pulau?

Pernahkah anda semua mendengar istilah ‘JOBO’? Istilah ini bukanlah berkait dengan lucah tetapi gambaran perasaan malu ataupun sifat perasan yang mengaibkan individu terbabit. Jobo inilah yang boleh dipadankan dengan Sahak oh Sahak sebab baru-baru ini Mesyuarat UMNO Bahagian Pantai, telah diadakan.

Mengejutkan para ahli apabila mendapat makluman pada hari tersebut dimana Ketua Bahagian, Sahak oh Sahak ini telah mengundang YB Mukhriz untuk menjadi pemerhati sewaktu mesyuarat berlangsung.

Maka, Sahak oh Sahak ini perasan dalam dirinya masyarakat Pantai akan gembira dan turut serta menyambut kedatangan Mukhriz..Namun, ‘ku sangkakan paneh hinggo ke potang, ruponyo hujan di tongahari’..tanpa diduga Sahak oh Sahak, pagi-pagi lagi orang-orang kampong sepakat memboikot mesyuarat itu meninggalkan kawasan Pantai dengan menaiki sebuah bas yang tidak diketahui arah dituju.

Sungguhpun Sahak oh Sahak ini dimalukan sedemikian rupa, namun sifat ‘Jobo’ yang ada pada diri Sahak oh Sahak ini tetap tidak menghalang untuk mesyuarat diteruskan.Pendek kata, biarlah tidak mendapat sokongan asalkan tidak jobo dengan Mukhriz.

Tetapi, dari sudut lain kita dapat melihat bagaimana reaksi penduduk Pantai yang memulaukan mesyuarat tersebut samada boikot atas dasar kebencian terhadap Sahak ataupun meluat dengan Mukhriz??