Sebulat Kata....

Dengan rasa terbuka, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau bahan cerita mengenai Sahak oh Sahak ini.. Sila e-mailkan ke alamat: anakpantai3663@yahoo.com

Tuesday, September 28, 2010

Samo-Samolah Kito Dongar Nasihat MB


Sodih gak bilo dongar ucapan MB semalam sewaktu majlis hari rayo di Sondayan, dek kerano sayang eh Tok Mat kito dongan bangso Melayu dek cinto eh Tok Mat kek agamo yang suci ini, mako dio tak kisah dah kut ado mulut-mulut bau tungkik akan ngato dio tu bosifat porkauman.

Lobai Sahak ado maso tu..sajo la nak jongok anak buah kek sanun, tak sangko pulak anak buah Lobai Sahak ngajak samo join jamuan hari rayo anjuran JKKK kek situ, nak ddipendekkan ceghito, Lobai agak shahdu bilo pomimpin yang dokek dihati rakyat tu soakan-akan kecewo dengan sosotongah oghang yang mudah tersampuk dek hasutan pombangkang yang hanyo setahun sekali datang kek Sondayan tu..

Lagi satu yang Lobai dapek raso..mungkin isu ado pihak masjid yang jadikan tompat ibadah tersobut sobagai lombah mengutuk kerajaan berlaku di Sondayan..ontahlah..tak dapek lah Lobai nak pastikan tapi..melalui kiasan MB tu, macam bolah-bolah area situ gak lah..

Dari apo yang kito perlu jadikan sompadan dengan posanan MB tu, janganlah kito sosokali terperangkap dengan tipu helah pombangkang yang tak putus-putus cari poluang nak rampas kerajaan N.Sembilan ni..Tulah sobabnyo kenapo MB kito bobuih mulut ngajak sumo rakyat nogori ni bersatu padu dan memeliharo perpaduan sobab dio tak nak Negeri Sembilan ni jadi macam Kedah, P.Pinang & Perak yang mano kito sendiri sudah nampak orang melayu diperalatkan menjadi boneka kafirunnnnn...wallahualam.

oleh: Lobai Sahak

Thursday, September 23, 2010

Surat Layang UMNO N.Sembilan???

Kito ingat balik...dulu ado pihak yang maklumkan menerima salinan surat yang kononnya ditulis oleh 'Pemerhati Politik Negeri Sembilan'. Surat layang yang ditulis sepanjang 4 halaman itu kini heboh dikalangan ahli Umno Bahagian Seremban yang ditujukan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian serta ahli-ahli Umno secara umumnya. Kandungan surat ini menjurus kepada cubaan untuk merosakkan reputasi Mohamad Hasan dengan tajuk "Perilaku Dato' Mohamad Hj. Hasan, Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Sembilan, merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan".

Apa yang menarik mengenai surat ini ialah, kononnya ia ditulis oleh seorang pemerhati Umno bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun jika dibaca keseluruhan isi kandungannya, jelas kelihatan akan niat sebenar penulis berkenaan yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Mohamad Hasan, tetapi secara tidak langsung turut 'mengangkat' Dato' Sahak, selaku Ketua Umno Bahagian Seremban secara amat berlebihan. Mungkin penulis berkenaan mempunyai agendanya tersendiri kerana mempromosikan Dato Sahak. Antara ayat dalam surat berkenaan yang kelihatan seperti mengagongkan Dato Sahak ialah;

"Semua orang tahu di Negeri Sembilan ini seandainya orang yang bernama Dato Sahak ini telah membuat kenyataan panas, menunjukkan banyak benda tak betul sedang berlaku kerana Dato Sahak tidak akan bersuara tanpa siasatan atau bukti-bukti. Semua orang tahu Dato Sahak ini penyokong kuat Perdana Menteri kita, Dato Najib tetapi dia bukan kaki bodek, dia akan belasah apakala ada perkara tak betul atau pun penyelewengan yang berlaku."

"Orang Seremban kata Dato Sahak sanggup berperang habis-habisan untuk mempertahankan Dato Najib, bukan sekarang ini sahaja tetapi semenjak Dato Sahak Pemuda lagi."

"Dato Sahak digugurkan oleh Dato Mohamad Hj. Hasan sebagai calon pilihanraya walaupun umum mengetahui Dato Sahak adalah diantara wakil rakyat terbaik di Negeri Sembilan kerana khidmat baktinya kepada rakyat dan Dato Sahak diakui sebagai pejuang Melayu di Negeri Sembilan. Akibat menggugurkan Dato Sahak sebagai calon pilihanraya, 6 daripada 7 kerusi pilihanraya di Parlimen Seremban gugur kepada pembangkang. Ahli-ahli Umno dan pengundi-pengundi Melayu menunjukkan protes yang amat ketara di Seremban."

"Orang Seremban kata Dato Sahak ini badannya berpuaka kerana siapa yang cuba melawannya bukan kerana perjuangan tapi kepentingan peribadi akan kecundang."

"Dato Mohamad Hj. Hasan mengupah orang bergaduh di Mesyuarat Umno Bahagian tetapi sekali lagi Dato Sahak berjaya menunjukkan kewibawaannya kerana dapat mengawal perasaan."


Surat layang ini bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Mohamad Hasan dan keluarganya, tetapi turut mengutuk serta mempersendakan Paklah, Allahyarhamah Endon, Khairy Jamaluddin serta Allahyarham SM Nasimudin. Pada pendapat kami, sama ada tersurat atau tersirat, surat ini jelas ditulis oleh kuncu Dato Sahak, yang juga berkemungkinan ditulis atas arahan Ketua Umno Bahagian Seremban itu sendiri.

Bagi kebanyakan orang Seremban khususnya ahli Umno, pasti sudah 'masak' benar dengan perangai Dato Sahak berserta sifat ketaksuban melampau para penyokongnya. Ramai yang sedia maklum bahawa Dato Sahak adalah seorang conspirator yang seringkali berjaya mengalihkan pandangan umum daripada melihat keburukan dirinya. Kawasan Lenggeng yang sejak sekian lama diwakilinya sebagai ADUN, hakikatnya hampir tiada berlaku sebarang perubahan. Beliau sentiasa mencari isu luar serta menjadikan pemimpin lain sebagai sasaran bagi mengelakkan orang ramai mempersoalkan kelemahan dirinya selaku wakil rakyat.

Ramai juga maklum bahawa Dato Sahak telah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mensabotaj parti semasa PRU-12 yang lalu dan secara tidak langsung merupakan antara faktor penyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Seremban. Namun nasib Dato Sahak agak baik kerana sekadar diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berbanding orang lain yang digantung keahlian di atas kesalahan yang sama.

Kepada Dato Sahak, sudah-sudahlah guna taktik lapuk memperbodohkan orang tu. Sekarang ni dah zaman millennium Tok....zaman IT, bukan lagi pakai piring hitam nak dongar lagu. Orang mudo sekarang dah shuffle dance tapi Tok dengan kuncu-kuncu Tok masih lagi beronggeng. Rontikanlah guna ayat, "Ado orang telefon sey...", "Ado orang sms sey...", ado orang itu...ado orang ini. Rontikanlah jugak taktik berentikan keto topi jalan semato-mato nak tukar kot dan tali leher yang dipakai kepado t-shirt Pagoda dongan kain pelikat sebolum poie berjumpo rakyat. Dah ramai bonar yang tau taktik lekeh Tok tu. Kami dah ponek nengok skil politik Tok yang nampak na ketinggalan zaman. Bersaro jolah. Tak payah la buek doso pitnah orang sano sini. Buruk ngoman eh. Nak nungkat langit sampai bilo? Lagipun kes bankrap Tok tu dah setel lum?

Ayat terakhir yang ditulis dalam surat layang itu adalah "Selamatkan Umno Negeri Sembilan Sebelum Terlambat"....namun kami berpandangan bahawa Umno Negeri Sembilan mungkin mampu diselamatkan sekiranya pemimpin seperti Dato Sahak dan yang sespesis dengannya ditalkinkan secepat mungkin. Buek mengabihkan boreh yor.

Sunday, September 19, 2010

Mano Poei eh Tok Sahak Rayo-Rayo ni???




Hari ni den berkesompatan poei menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lenggeng..Umang aii.. bukan main ghamai laei totamu yang hadir..macam-macam oghang macam-macam bangso ado.. sudah macam karnival makan-makan 1 Malaysia lah pulak ghaso eh..tapi, den heran satu perkaro lah..

Rumah Terbuko ni anjuran Umno DUN Lenggeng, jadi sewajar eh ahli-ahli Umno mahupun BN datang bagi memeriahkannyo. Lagipun bukan orang-orang Barisan jo yang boleh datang, orang-orang PKR, PAS & DAP pun boleh datang bahkan tadi den sendiri perasan ado gak juak-juak PAS & DAP datang bersamo-samo meraikan majlis rumah terbuko tersebut.

Cumo, sobagai pomorhati..den heran lah, mano pulak batang hidung Tok Sahak kito? Anak-anak buah eh ghamai monanti nak tengok muko baru Tok Sahak tu..maklumlah, dah hampir setahun tak nampak muko...ontahkan toghang ontahkan golap muko Tok Sahak tu..nak jugak budak-budak ni tengok...namun, hampeh...Kecewo kitorang nak tengok wajah 'Veteran UMNO' tu..

Den bukan apo...sobagai pojuang UMNO dulu-dulu..sopatut eh Tok Sahak datanglah sekali Rumah Terbuko Aidilfitri tu..bukan ko kek kawasan Lenggeng tu dulu jajahan Tok Sahak??
Takkan tobal muko kut? Sudah..sudahlah tu Tok Sahak oii..Ghayo-ghayo ni samo-samolah kito bermaaf-maafan..tapi hati den mo budak-budak pantai yang ado potang tu kuat ngatokan Tok Sahak ni sogan agak eh dongan MB..

Cubo sahut sikit saranan Presiden UMNO tu..Perpaduan menjamin kesejahteraan..
Salam Aidilfitri yo...maaf zahir batin..