Sebulat Kata....

Dengan rasa terbuka, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau bahan cerita mengenai Sahak oh Sahak ini.. Sila e-mailkan ke alamat: anakpantai3663@yahoo.com

Thursday, September 23, 2010

Surat Layang UMNO N.Sembilan???

Kito ingat balik...dulu ado pihak yang maklumkan menerima salinan surat yang kononnya ditulis oleh 'Pemerhati Politik Negeri Sembilan'. Surat layang yang ditulis sepanjang 4 halaman itu kini heboh dikalangan ahli Umno Bahagian Seremban yang ditujukan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian serta ahli-ahli Umno secara umumnya. Kandungan surat ini menjurus kepada cubaan untuk merosakkan reputasi Mohamad Hasan dengan tajuk "Perilaku Dato' Mohamad Hj. Hasan, Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Sembilan, merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan".

Apa yang menarik mengenai surat ini ialah, kononnya ia ditulis oleh seorang pemerhati Umno bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun jika dibaca keseluruhan isi kandungannya, jelas kelihatan akan niat sebenar penulis berkenaan yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Mohamad Hasan, tetapi secara tidak langsung turut 'mengangkat' Dato' Sahak, selaku Ketua Umno Bahagian Seremban secara amat berlebihan. Mungkin penulis berkenaan mempunyai agendanya tersendiri kerana mempromosikan Dato Sahak. Antara ayat dalam surat berkenaan yang kelihatan seperti mengagongkan Dato Sahak ialah;

"Semua orang tahu di Negeri Sembilan ini seandainya orang yang bernama Dato Sahak ini telah membuat kenyataan panas, menunjukkan banyak benda tak betul sedang berlaku kerana Dato Sahak tidak akan bersuara tanpa siasatan atau bukti-bukti. Semua orang tahu Dato Sahak ini penyokong kuat Perdana Menteri kita, Dato Najib tetapi dia bukan kaki bodek, dia akan belasah apakala ada perkara tak betul atau pun penyelewengan yang berlaku."

"Orang Seremban kata Dato Sahak sanggup berperang habis-habisan untuk mempertahankan Dato Najib, bukan sekarang ini sahaja tetapi semenjak Dato Sahak Pemuda lagi."

"Dato Sahak digugurkan oleh Dato Mohamad Hj. Hasan sebagai calon pilihanraya walaupun umum mengetahui Dato Sahak adalah diantara wakil rakyat terbaik di Negeri Sembilan kerana khidmat baktinya kepada rakyat dan Dato Sahak diakui sebagai pejuang Melayu di Negeri Sembilan. Akibat menggugurkan Dato Sahak sebagai calon pilihanraya, 6 daripada 7 kerusi pilihanraya di Parlimen Seremban gugur kepada pembangkang. Ahli-ahli Umno dan pengundi-pengundi Melayu menunjukkan protes yang amat ketara di Seremban."

"Orang Seremban kata Dato Sahak ini badannya berpuaka kerana siapa yang cuba melawannya bukan kerana perjuangan tapi kepentingan peribadi akan kecundang."

"Dato Mohamad Hj. Hasan mengupah orang bergaduh di Mesyuarat Umno Bahagian tetapi sekali lagi Dato Sahak berjaya menunjukkan kewibawaannya kerana dapat mengawal perasaan."


Surat layang ini bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Mohamad Hasan dan keluarganya, tetapi turut mengutuk serta mempersendakan Paklah, Allahyarhamah Endon, Khairy Jamaluddin serta Allahyarham SM Nasimudin. Pada pendapat kami, sama ada tersurat atau tersirat, surat ini jelas ditulis oleh kuncu Dato Sahak, yang juga berkemungkinan ditulis atas arahan Ketua Umno Bahagian Seremban itu sendiri.

Bagi kebanyakan orang Seremban khususnya ahli Umno, pasti sudah 'masak' benar dengan perangai Dato Sahak berserta sifat ketaksuban melampau para penyokongnya. Ramai yang sedia maklum bahawa Dato Sahak adalah seorang conspirator yang seringkali berjaya mengalihkan pandangan umum daripada melihat keburukan dirinya. Kawasan Lenggeng yang sejak sekian lama diwakilinya sebagai ADUN, hakikatnya hampir tiada berlaku sebarang perubahan. Beliau sentiasa mencari isu luar serta menjadikan pemimpin lain sebagai sasaran bagi mengelakkan orang ramai mempersoalkan kelemahan dirinya selaku wakil rakyat.

Ramai juga maklum bahawa Dato Sahak telah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mensabotaj parti semasa PRU-12 yang lalu dan secara tidak langsung merupakan antara faktor penyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Seremban. Namun nasib Dato Sahak agak baik kerana sekadar diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berbanding orang lain yang digantung keahlian di atas kesalahan yang sama.

Kepada Dato Sahak, sudah-sudahlah guna taktik lapuk memperbodohkan orang tu. Sekarang ni dah zaman millennium Tok....zaman IT, bukan lagi pakai piring hitam nak dongar lagu. Orang mudo sekarang dah shuffle dance tapi Tok dengan kuncu-kuncu Tok masih lagi beronggeng. Rontikanlah guna ayat, "Ado orang telefon sey...", "Ado orang sms sey...", ado orang itu...ado orang ini. Rontikanlah jugak taktik berentikan keto topi jalan semato-mato nak tukar kot dan tali leher yang dipakai kepado t-shirt Pagoda dongan kain pelikat sebolum poie berjumpo rakyat. Dah ramai bonar yang tau taktik lekeh Tok tu. Kami dah ponek nengok skil politik Tok yang nampak na ketinggalan zaman. Bersaro jolah. Tak payah la buek doso pitnah orang sano sini. Buruk ngoman eh. Nak nungkat langit sampai bilo? Lagipun kes bankrap Tok tu dah setel lum?

Ayat terakhir yang ditulis dalam surat layang itu adalah "Selamatkan Umno Negeri Sembilan Sebelum Terlambat"....namun kami berpandangan bahawa Umno Negeri Sembilan mungkin mampu diselamatkan sekiranya pemimpin seperti Dato Sahak dan yang sespesis dengannya ditalkinkan secepat mungkin. Buek mengabihkan boreh yor.

No comments:

Post a Comment