Sahak oh Sahak... Apa lagi yang kamu tunggu? Orang-orang Pantai sudah tidak percayakan lagi pada kepimpinan kamu itu..Orang-orang kampung sudah muak, sudah menyampah dengan cara pimpinan kuku besi yang tumpul kamu tu..Sahak oh Sahak..Berundurlah.Apakah Sahak oh Sahak ini masih relevan, masih layak untuk diangkat sebagai pemimpin lagi?
Semua orang kampong sudah tahu Sahak Oh Sahak ini muflis, bangkrapsi...Rakyat masih sedar dan belum lagi ‘mamai’ seperti Sahak oh Sahak ini. Ingat lagi kisah banglo milik Sahak oh Sahak yang dilelong?
Ketika itu terpampang didada akhbar ‘Notis Lelong’ dimana menyatakan rumah banglo 2 tingkat di Bukit Baru , Melaka. Harga Rizab RM 600,000. Penghutang atau Defendan ialah
Dato Haji Ishak bin Ismail (No KP 510717-05-5405) dan Plaintif ialah Dato Misran bin Sukadi (No KP 570815-05-6019)
Siapa Dato’ Ishak Ismail ini ? Adakah Dato’ Ishak bekas ADUN Lenggeng tu dan siapa pula plaintif? Siapa Dato’ Misran Sukadi?
Persoalan yang belum terungkai ini tidak perlu diajukan kepada orang-orang Pantai.
Bukannya orang-orang kampong tidak tahu perkara sebenar mengapa Sahak oh Sahak
ini boleh berhutang sebegitu banyak. Itulah..Jika hobi suka melancong saja,
tidak mustahil akan jadi melencong, maka sendiri mau ingat la..
Mungkin telahan ini tepat sebagaimana ramai yang mungkin tidak mengenali siapa Dato’
Misran Sukadi ini. Cukuplah kalau dijelaskan bahawa Dato’ Misran ini salah seorang Ahli JawatanKuasa PIBG SMK. Datuk Sedia Raja, Rembau. Beliau memegang jawatan sebagai Yang DiPertua PIBG sekolah tersebut.
Sahak oh Sahak...kau berhutang dengannya rupanya..
Sahak oh Sahak...Pemimpin Celupar?
Masih ingatkah kita dahulu...Dewan Merdeka riuh rendah dengan gelak ketawa para perwakilan yang mendengar ucapan pemimpin veteran Umno dari Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail, yang bukan sahaja penuh jenaka tetapi juga tebal dengan sindiran terhadap pemimpin parti.
Dalam ucapannya, bekas ADUN Lenggeng itu menjelaskan mengapa beliau menyokong “musuh
politiknya” Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Sahak oh Sahak berkata, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar, mereka pernah bertengkar di dewan DUN sehingga mereka saling ejek-mengejek. Tentu orang-orang UMNO masih ingat lagi betapa Isa marahkan Sahak oh Sahak sehingga menggelarnya ‘sakai’, Sahak oh Sahak ni pula menggelar Isa ‘lanun’.
Tingkah laku beginikah yang hendak kita angkat jadi contoh? Bukannya orang tidak tahu Sahak oh Sahak ini menyokong Isa sebab hendak selindung dari sifat iri hati yang memang melekat dari dulu lagi.
Kononnya apabila Tan Sri Isa digantung keahlian, beliau tidak pernah meragam, tidak pernah
mengugut untuk keluar parti, dia jaga kawasan, dia hebat!Sahak oh Sahak juga berkata, Isa seorang yang berani sewaktu beliau bersamanya berceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Ijok tiga tahun lalu.
Lihatlah..Sandiwara Sahak oh Sahak yang ligat bermain lidah memutar belit kata-kata.Maka tidak hairanlah kalau habis orang-orang kampong di Pantai tu kena ‘kencing’ dengan si tua ini.
Belum habis lagi kisah tentang perangai buruk si Sahak oh Sahak ini..
Tunggu kisah seterusnya akan datang...Salam.
Di tulis Oleh : Kudus Kundur
No comments:
Post a Comment